Selepas 64 Tahun, Akhirnya Bas Lean Hock Hentikan Operasi

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Selepas beroperasi selama 64 tahun tanpa henti akhirnya, sebuah syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti Lean Hock Company Sdn Bhd yang cukup sinonim dengan masyarakat di sekitar Bukit Mertajam dan Kulim, Kedah menghentikan operasinya mulai Ahad.

Ekoran itu, seramai 31 kakitangannya termasuk 26 pemandu yang kebanyakannya sudah berpuluh tahun bekerja di syarikat berkenaan hilang mata pencarian.

Pengarah Urusannya, Tan Eng Hooi berkata syarikat terpaksa menutup operasi selepas mengalami kerugian hingga RM200,000 sejak beberapa tahun lepas.

Syarikat juga tidak mampu bersaing dengan syarikat bas henti-henti RapidPenang dan kos operasi yang semakin tinggi seperti kos minyak, tayar dan alat ganti kenderaan.

Beliau berkata, syarikatnya menyediakan perkhidmatan bas berhenti-henti di tiga laluan iaitu Kulim-Bukit Mertajam, Kulim-Butterworth dan Bukit Mertajam-Bukit Teh.

"Bagaimanapun kos operasi yang tinggi, serta jumlah penumpang yang semakin berkurangan terutama bas RapidPenang turut beroperasi di laluan yang sama menyebabkan kita tidak mampu lagi untuk menampung kerugian dan terpaksa mengambil keputusan menghentikan operasi hari ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tan berkata, pihak syarikat pernah berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010 mengenai laluan bas dan isu ini.

Bagaimanapun hingga kini tiada sebarang jawapan diberikan kepada mereka.

Katanya, semua pekerja di syarikat berkenaan diberikan pampasan yang setimpal dan mereka juga bersetuju dengan jumlah yang diberikan itu.

Sementara itu, rata-rata pekerja yang ditemui sangat kecewa dan sedih dengan penutupan syarikat yang selama ini menjadi tempat mereka mencari rezeki untuk menyara keluarga.

A.Purusothanam, 60, yang telah berkhidmat selama 30 tahun sebagai pemandu bas berkata beliau sedih apabila dimaklumkan syarikat itu akhirnya terpaksa menamatkan operasi.

"Bagaimanapun saya berterima kasih kerana pihak syarikat telah memberikan pampasan yang setimpal kepada semua pekerja," katanya.

Bagi Bidi Khamis, 55, beliau berharap akan memperoleh kerja baru dalam tempoh terdekat kerana perlu menyara keluarganya terutama anak-anak yang masih bersekolah.

"Sedih bila pihak syarikat maklumkan syarikat akan ditutup, kami pekerja ada juga cuba pujuk (jangan hentikan operasi) tapi nak buat macam mana syarikat dah rugi banyak.

"Saya la ni dah tak dak kerja, nak cari kerja apa pun tak tau pasal umur dah tua, tapi harap-harap ada la orang mau ambik saya bekerja," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Perhubungan Perusahaan Persatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia Cawangan Utara, Musa Abdullah kesal dengan pemberhentian operasi perkhidmatan bas berkenaan kerana ia akan menyebabkan kesusahan kepada orang ramai, terutama pekerja yang hilang mata pencarian.

Beliau berharap SPAD dapat mengambil tindakan segera dan melakukan sesuatu bagi membantu syarikat berkenaan terutama pekerja-pekerjanya dari terus hilang sumber pendapatan.

"Termasuk hari ini, sudah lima syarikat bas di utara menamatkan operasinya iaitu Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd (KLSB) di Sungai Petani dan Alor Setar, City Liner dan United Traction Company (UTC) di Butterworth, ekoran itu hampir 300 orang hilang pekerjaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan