Puteri Umno Kulim-Bandar Baharu Anjur Klinik Kesihatan Bergerak

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Pergerakan Puteri Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu memperkenalkan klinik kesihatan bergerak yang akan ke kawasan luar bandar mulai tahun ini.

Ketuanya, Datin Norsabrina Mohd Noor berkata, mereka akan menggunakan sebuah kenderaan serbaguna Proton Ixora sumbangan Puteri Umno pusat.

Dengan kemudahan itu, klinik bergerak tersebut akan melawat kawasan luar bandar menemui penduduk yang memerlukan rawatan kesihatan, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program Klinik Kesihatan yang diadakan sempena Karnival Koperasi dan Pertandingan Pesta Air Sungai Kerian (PASAK) di Dataran Bandar Baharu di sini.

Katanya, pergerakan itu berharap program klinik kesihatan bergerak itu akan dapat sekurang-kurang memberi khidmat perubatan percuma dengan lebih berkesan kepada masyarakat luar bandar selaras dengan hasrat kerajaan.

Sementara itu, Norsabrina berkata pihaknya menganjurkan tujuh aktiviti pada karnival itu dan PASAK yang diadakan selama dua hari berakhir malam tadi.

"Ini termasuklah program pemeriksaan kesihatan melalui klinik bergerak dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu, kempen daftar pemilih dan keahlian, pendaftaran Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),sukaneka, Pertandingan Ratu Kebaya dan Pertunjukan Pentas Teater," katanya.

Norsabrina berkata, hampir 3,000 orang mengunjungi gerai Puteri Umno dan mendapatkan kemudahan yang disediakan pihak Puteri Umno sepanjang dua hari perayaan tersebut dan sambutan yang diberi jelas menggambarkan bahawa aktiviti Pergerakan Puteri Umno semakin mendapat sambutan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan