Hujan Lebat Dijangka Landa Kelantan, Terengganu, Kedah & Perlis

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir sekali lagi berikutan ramalan hujan lebat yang akan berterusan sehingga malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia telah pun mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, kawasan yang diramalkan terlibat di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.

Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis melibatkan kawasan Padang Besar, Kangar dan Arau.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan