DBKL Kosongkan Gerai Di Tapak "EYE ON MALAYSIA"

Diterbitkan: Ahad, 1 Januari 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Ahad menjalankan operasi mengosongkan gerai di bekas tapak "Eye On Malaysia" di Taman Tasik Titiwangsa di sini kerana melanggar garis panduan yang ditetapkan serta mendapat aduan daripada penduduk kawasan sekitar.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Peniaga Kecil DBKL, Saiful Mazli Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan lapan notis pengosongan semenjak Jun tahun lepas dan hingga 28 Dis lepas dengan harapan dapat memberi masa kepada para peniaga mengosongkan gerai mereka.

"Operasi ini terpaksa dijalankan ekoran kami menerima aduan daripada Persatuan Penduduk Taman Tasik Titiwangasa berhubung operasi perniagaan yang dijalankan menganggu ketenteraman awam dan juga melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh DBKL.

"Para peniaga bukan sahaja melanggar garis panduan yang telah ditetapkan dengan memasang khemah tambahan malahan ada yang berani mencuri bekalan tenaga elektrik daripada DBKL," katanya kepada pemberita semasa operasi tersebut dijalankan.

Saiful berkata, pihak DBKL tidak akan mengeluarkan lesen perniagaan di tapak ini lagi kerana ada di antara peniaga yang diberikan lesen perniagaan menyerahkan perniagaan untuk dijalankan oleh warga asing.

Katanya, DBKL juga akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang membuka premis di belakang Istana Budaya selepas ini kerana didapati menganggu lalu lintas di kawasan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan