Warga KPKK Perlu Lebih Komited Realisasi Gagasan 1Malaysia- Rais

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Sabtu menyeru semua warga kementerian untuk terus berjuang memberi sumbangan yang lebih komited dalam mengisi tuntutan gagasan 1Malaysia pada tahun depan.

Beliau berkata semangat kesatuan warga Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) harus terus dipupuk kerana kementerian itu mempunyai misi dan visi yang amat berat untuk dijayakan dalam program-programnya.

Ini kerana, katanya kementerian sebelum ini telah berjaya menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini melalui pelbagai program berbentuk perayaan.

"Dengan sisipan, isian dan belaian yang dilakukan tahun ini, setiap warga KPKK mempunyai saham dalam gagasan 1Malaysia," katanya ketika melancarkan Karnival KPKK sempena sambutan Ambang Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka di sini.

Turut hadir isteri Rais, Datin Seri Masnah Rais, Ketua Setiausaha KPKK Datuk Seri Kamaruddin Siaraf dan Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Yong Soo Heong. Lebih 3,000 warga KPKK dari 18 buah agensi hadir memeriahkan karnival yang bermula seawal 7 pagi ini.

Terdahulu, Rais dan pemimpin lain menyertai peserta melakukan senam tari selama 20 minit.

Karnival yang akan berakhir pada 6 petang ini diisi dengan pelbagai acara menarik antaranya Sukan Rakyat, sukaneka, pertandingan mencanting batik dan pertandingan tarian.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Rais berkata karnival yang pertama kali diadakan itu akan diperluaskan ke negeri lain seperti Perak, Johor dan Selangor.

Kemuncak sambutan tahun baru akan dimeriahkan dengan Konsert Ambang 2012 bermula 9 malam ini yang membariskan artis terkenal tanah air seperti M.Nasir, Jamal Abdillah, Awie dan Faizal Tahir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan