Tindakan Roboh Madrasah, Kerajaan Kedah Tidak Tahu Nilai Sejarah Islam

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEPALA BATAS: Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan keputusan Kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Solihin yang berusia 100 tahun untuk membina kompleks membeli-belah adalah tindakan bodoh dan tidak berpandangan jauh.

Ketua Penerangannya Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata kerajaan negeri pimpinan PAS itu sepatutnya berusaha memelihara bangunan warisan sejarah Islam di negeri itu dan bukan memusnahkannya demi tujuan komersial.

"Perkembangan itu sangat membimbangkan semua pihak dan ia menunjukkan seolah-olah kerajaan negeri Kedah tidak tahu menilai sejarah kedatangan Islam ke negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan 2011 Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini Sabtu.

Terdahulu, Reezal dan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan sijil dan hadiah kepada 288 murid Tahun Enam SK Bertam Indah yang mencatat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sementara itu, Reezal Merican berkata Pemuda Umno Kepala Batas sedang menganjurkan program gunting rambut secara percuma di sekolah berkenaan mulai semalam hingga 3 Jan depan.

Katanya program itu sebahagian daripada usaha Pemuda Umno mengurangkan beban kewangan ibu bapa menyediakan persiapan sekolah anak masing-masing.

"Kita harap ibu bapa sekitar Parlimen Kepala Batas boleh menghantar anak mereka ke SK Bertam Indah ini untuk menggunting rambut dan khidmat ini disediakan percuma," katanya.

Beliau berkata usaha itu diharap dapat mengurangkan beban ibu bapa dan wang yang sepatutnya dikeluarkan untuk menggunting rambut itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan