Tiga Kanak-Kanak Mangsa Lemas Sungai Perak Ditemui

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GERIK: Tiga kanak-kanak yang dilaporkan hilang di Sungai Perak berhampiran Kampung Bukit Merikan, Kuala Kenderong, di sini dua hari lalu akhirnya ditemui mati lemas awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata mayat Mohd Saiful Haikal Dahari, tujuh, dan sepupunya Muhammad Amir Fadlilah Ruzai, 11, ditemui terapung kira-kira 10 km dari tempat kejadian pada pukul 3 pagi tadi oleh orang awam.

Sementara mayat Muhammad Adham Hamiz Ruzai, lapan tahun, ditemui kira kira 500 meter dari tempat yang sama pada pukul 9 pagi oleh pasukan penyelamat, katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Jamil berkata, kesemua mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dituntut keluarga mereka petang ini untuk dikebumikan.

Tiga kanak-kanak berkenaan, dua daripadanya adik beradik dilaporkan menaiki sebuah bot di tepi Sungai Perak kira kira 50 meter dari rumah mereka pada pukul 10 pagi Khamis.

Salah seorang daripada keluarga mangsa membuat laporan polis selepas menyedari ketiga-tiga mereka tidak pulang ke rumah sehingga pukul 2.30 petang hari yang sama.

Polis mengadakan operasi mencari dengan bantuan Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan penduduk kampung selepas menerima aduan.

Adibah Mohd Nor, 42, ibu kepada dua adik beradik ketika ditemui berkata ketiga-tiga mereka memang rapat dan sebelum kejadian mereka didengar sering menyanyikan lagu "Pergi Tak Kembali" nyanyian Kumpulan Rabani sejak dua hari lalu.

Semasa kejadian, Adibah pergi ke pekan Gerik membeli buku tulis dan peralatan sekolah mangsa. Sebaik tiba di rumah diberitahu tentang kehilangan bersama bot yang mereka naiki.

"Saya dan suami Ruzai Kasim, 43 pasrah dengan kejadian ini," katanya dalam nada yang penuh hiba ketika ditemui di rumah mereka.

Katanya, kedua-dua anak mereka itu, Muhammad Amir murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaaan (SK) Seri Adika Raja, Gerik dan Muhammad Adham Hamiz, murid Tahun Dua, SK Mahkota Sarik Gerik tidak pandai berenang.

Kedua-dua mereka anak kelima dan keenam daripada lapan adik beradik.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan