Peneroka Bersyukur Bonus Insentif Produktiviti

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Pemberian bonus insentif produktiviti kepada para peneroka dilihat sebagai satu hadiah bermakna kepada warga peneroka dalam persiapan untuk sesi persekolahan anak-anak mereka.

Bagi lebih 15,000 peneroka di Felda Wilayah Jengka, bonus berkenaan dilihat dapat meringankan beban dalam menyediakan persiapan persekolahan anak-anak menjelang tahun baru ini.

Timbalan Pengerusi Gabungan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Jengka, Sulaiman Bakar berkata kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperlihatkan komitmen dan keikhlasan untuk membantu masyarakat peneroka.

"Bonus insentif RM400 hingga RM1,200 yang dinikmati warga Felda membuktikan situasi sebenar bahawa kerajaan tidak mengabaikan kebajikan golongan berkenaan," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Pada 23 Dis lepas, Perdana Menteri mengumumkan Felda akan membayar bonus insentif produktiviti antara RM400 dan RM1,200 kepada peneroka tanah rancangan itu pada tahun ini, kadar yang sama seperti tahun lepas.

Pembayaran bonus insentif berjumlah RM102.6 juta itu yang bergantung kepada penghantaran hasil, melibatkan 95,949 daripada 112,635 peneroka Felda bagi menghargai sumbangan mereka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara serta insentif menghantar hasil melalui Felda.

Bagi Ketua Peneroka Felda Jengka 18, Samad Samah, 59, pemberian itu sangat bermakna kepada ketua isi rumah dalam persiapan keperluan persekolahan anak-anak tahun depan.

Katanya warga peneroka perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri yang telah berusaha untuk memakmur negara serta rakyat.

Ketua Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Ghani, 48, pula berkata masyarakat peneroka Felda perlu rasional sekiranya mahu menyokong pihak pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional sejak dahulu lagi sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat.

Ketua Peneroka Felda Jengka 3, Zainuddin Jantan, 58, berkata pemberian bonus itu merupakan satu rahmat bagi warga peneroka untuk menampung perbelanjaan mereka.

"Tohmahan pembangkang bahawa kerajaan tidak menjaga kebajikan adalah tidak benar sama sekali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan