Pelbagai Peraturan Baru dan Pemberian Bermula Esok 1 Januari 2012

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mulai esok, seluruh negara akan menyaksikan penguatkuasaan peraturan memakai tali pinggang di tempat duduk belakang kenderaan persendirian.

Pengguna yang didapati tidak mematuhi peraturan ini boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

Para pengguna yang masih ragu-ragu mengenai peraturan memakai tali pinggang keledar ini boleh menghubungi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai Isnin 2 Januari 2012.

Dalam pada itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau Jakim akan turut menguatkuasakan penggunaan logo halal yang seragam mulai 1 Januari juga.

Ini bermakna, kedai makanan, restoran atau produk makanan hanya dibenarkan menggunakan logo halal yang dikeluarkan oleh Jakim sebagai logo yang diiktiraf sah dan selamat digunakan oleh umat Islam.

Baucer buku kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dan juga penuntut institusi pengajian tinggi akan turut diedarkan mulai Januari ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan