New Zealand Dilanda Gempa Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHRISTCHURCH: Gempa bumi dengan kekuatan 5.3 pada skala Richter sekali lagi melanda bandar ini pada Sabtu, demikian lapor Jabatan Geologikal Amerika Syarikat.

Gempa bumi itu dikesan berlaku lebih kurang 14 km (9 batu) di utara bandar ini.

Lebih kurang 10 bulan lalu, gempa bumi yang sangat kuat hampir-hampir memusnahkan sebahagian besar bandar ini dan membunuh lebih kurang 200 orang.

Pada 23 Disember lalu, gegaran pada magnitud yang sama telah mengoncang bandar ini.

Christchurch, merupakan bandar terbesar di pulau selatan New Zealand dan masih belum pulih dari kemusnahan yang mengorbankan 182 orang Februari lalu dengan kerugian mencecah NZ$20 bilion (AS$15.5 bilion).

Sehingga kini, sebahagian besar daerah perniagaan Christchurch masih lagi ditutup.

New Zealand merupakan gugusan pulau yang terletak di atas Lingkaran Api Pasifik yang mencetuskan tidak kurang daripada 14,000 gegaran setiap tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan