Najib Pengerusikan Mesyuarat Bincang Perkembangan Projek ETP Bulan Depan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Satu mesyuarat bagi membincangkan perkembangan projek-projek pembangunan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan diadakan bulan depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan akan turut dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) dan semua Ketua Setiausaha (KSU) yang merupakan jawatankuasa bagi menyemak dan menilai perkembangan projek permulaan (EPP).

Beliau berkata, mesyuarat itu akan membincangkan masalah-masalah yang boleh menjadi halangan atau mengekang projek-projek tersebut siap mengikut jadual.

"Lebih 80 peratus daripada 131 EPP telahpun dimulakan dan apabila ia bermula bermakna kerajaan akan menyediakan perbelanjaan sehingga projek tersebut siap.

"Ada antara projek ini yang memakan masa sehingga dua atau tiga tahun dan ada juga yang memakan masa hingga 10 tahun untuk disiapkan," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Gelanggang Rakyat, Kampung Cik Zainal di sini, Sabtu.

Ahmad Husni berkata perancangan yang teliti perlu bagi memastikan tiada penangguhan dalam projek-projek yang dijalankan.

Sementara itu, katanya, perkembangan ekonomi negara pada tahun hadapan tidak akan terjejas walaupun penganalisis menjangka ekonomi beberapa negara di Eropah belum pulih sepenuhnya.

Beliau berkata, sekiranya tiada kemerosotan melanda Eropah pada 2012, ekonomi negara akan berkembang dengan lebih baik kerana kita mempunyai eksport dengan beberapa negara berkenaan.

"Sebahagian besar penganalisis menjangkakan ekonomi Amerika Syarikat akan berkembang pada tahun hadapan berdasarkan perkembangan positif negara berkenaan pada suku ketiga dan keempat tahun ini.

"Perkembangan itu juga melampaui sasaran awal," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan