Dewan Perniagaan Mahu Khazanah Nasional Pantau Kegiatan Iskandar Investment Berhad

Diterbitkan: Sabtu, 31 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia (DPPIM) meminta Khazanah Nasional Berhad memantau dengan lebih telus setiap kegiatan anak syarikatnya, Iskandar Investment Berhad (IIB).

Presidennya Mohd Salikon Sarpin dalam satu kenyataan berkata pihaknya terkejut di atas pendedahan tentang penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dilakukan oleh sebahagian kecil pegawai IIB.

"Tindakan sebahagian kecil pegawai-pegawai IIB itu diumpamakan 'harapkan pagar, pagar makan padi," katanya dan menambah, DPPIM bersetuju dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan.

Beliau berkata DPPIM sentiasa mendoakan IIB agar terus berjaya bersama Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk membangunkan Iskandar Malaysia dengan telus, cekap dan berproduktiviti.

Katanya segala keuntungan atau penjimatan hasil daripada pembangunan di Iskandar Malaysia diharap dapat disalurkan untuk pembangunan masyarakat sekeliling, usahawan dan yang lain.

"Impak daripada limpahan ekonomi tentunya amat diharapkan dan dapat dirasai oleh masyarakat setempat," kata Mohd Salikon, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan