Sistem Perparitan Baik Bantu Atasi Masalah Banjir Di Kuching:Abang Johari

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Sistem perparitan yang semakin baik banyak membantu mengatasi masalah banjir di beberapa kawasan perumahan sekitar bandar raya ini, kata Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata tidak banyak masalah yang dihadapi penduduk di beberapa kawasan perumahan di Kuching ketika banjir melanda beberapa hari lalu berikutan mempunyai sistem perparitan yang baik.

"Banjir ini adalah satu fenomena tahunan dan kita terpaksa melihat dari keseluruhan aspek termasuk sistem perparitan, seperti contoh kawasan Semariang dan kawasan perumahan Jalan Astana selalunya tempat itu banjir, kali ini tidak berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif pendidikan anak-anak Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak yang cemerlang peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia 2011.

Katanya untuk kawasan perumahan yang dimaju pihak swasta, pemaju diwajibkan membina parit mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan disambung dengan parit utama yang dibina pihak kerajaan tempatan.

Katanya sikap segelintir pemaju perumahan yang membina parit dalam kawasan perumahan sahaja merupakan antara punca berlaku banjir apabila hujan lebat. Terdahulu, dalam ucapannya Johari mengingatkan anak-anak generasi baru hari ini agar lebih fokus kepada usaha menimba ilmu pengetahuan sesuai dengan kehendak serta keperluan sumber tenaga kerja di negara ini sekarang.

Katanya negara perlukan lebih ramai tenaga kerja pakar dalam beberapa bidang khasnya yang berkaitan kepakaran bioteknologi selain bidang teknologi maklumat.

"Anak-anak hari ini beruntung kerana mereka mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan banyak ilmu pengetahuan melalui pelbagai kemudahan yang ada termasuk sumber maklumat daripada internet," katanya.

Pada majlis itu, seramai 125 orang pelajar cemerlang menerima insentif pendidikan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan