Razali Persoal Majlis Peguam Berdiam Diri Kempen 'Bebas Anwar 901'

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen "Bebas Anwar 901".

"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan)," katanya kepada Bernama pada Jumaat.

Kempen "Bebas Anwar 901" dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Jan ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku.

"Kes ini sudah berlarutan...dia (Anwar) tidak minat untuk mempertahankan diri apabila diberi peluang untuk merayu di kandang tertuduh, kenapa rakyat perlu pertahankan beliau," katanya.

Razali turut meminta generasi muda supaya tidak melibatkan diri dalam perhimpunan itu kerana ia tidak mendatangkan sebarang faedah baik melainkan hanya membuang masa, tenaga dan wang ringgit.

"Gunakanlah kematangan dan kebijaksanaan untuk menyatakan pendirian. Kita kena tolak usaha-usaha yang merugikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan