RapidKL Perkenal Token Merah Untuk Warga Emas Mulai 1 Januari

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: RapidKL memperkenalkan token merah bagi warga emas yang membolehkan mereka menikmati tambang konsesi atau diskaun 50 peratus bagi tiket Aliran Transit Ringan (LRT) bermula 1 Jan ini.

Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) bagi Divisyen Rel, Khairani Mohamed berkata pengguna berusia 60 tahun ke atas juga akan menikmati tambang separuh harga bagi perkhidmatan KL Monorel.

"Token merah bagi perjalanan sehala ini juga ditawarkan untuk golongan kurang upaya," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Khairani berkata buat masa ini, token LRT dan tiket separuh harga monorel itu hanya boleh dibeli di kaunter tiket.

Beliau turut menasihati warga emas agar menggunakan Kad Warga Emas RapidKL bagi mengelakkan mereka berbaris membeli token berkenaan.

"Bagi yang masih belum memilikinya, mereka boleh memohon kad itu di Stesen LRT Pasar Seni secara percuma," katanya.

Beliau berkata warga emas terbabit hanya perlu membawa kada pengenalan diri atau MyKad, salinan MyKad dan melengkapkan borang permohonan di kaunter di stesen berkenaan.

Bagi OKU pula, mereka perlu menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan