Proton Lanjut Kempen Tali Pinggang Belakang

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Proton pada Khamis mengumum melanjutkan kempen pemasangan tali pinggang belakangnya dari 31 Dis, 2011, kepada 31 Jan, 2012, sebagai sebahagian daripada Kempen Tali Pinggang Belakang yang sedang dijalankan sekarang.

Sejak Kerajaan kali pertama mengumumkan pada Jun 2008 peraturan mewajibkan kenderaan dipasang dengan perkakas keselamatan, Proton telah memasang tali pinggang belakang tanpa sebarang kos kepada pemilik model Proton yang terbabit model Saga LMST dan Gen.2 yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008.

"Kami mahu menggesa pelanggan kami dengan kereta-kereta terbabit, dan rakyat Malaysia secara umumnya, supaya bukan hanya mematuhi peraturan baharu itu bagi mengelak disaman oleh pihak berkuasa, tetapi mengguna pakai amalan menggunakan tali pinggang belakang bagi penumpang yang duduk di belakang atas faktor keselamatan," kata Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Berhad Datuk Seri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dalam satu kenyataan.

Bagi memantapkan lagi usaha-usaha itu, lapan Pasukan Proton Mobile yang setiap satunya terdiri daripada empat kakitangan teknikal juga dihantar ke kedai kereta terpakai dan lokasi lain seperti masjid, pasar raya besar dan stesen minyak di seluruh negara pada awal bulan ini untuk menyediakan perkhidmatan kepada pemilik kereta Proton. Bagaimanapun, hanya kira-kira 17 peratus daripada 225,930 kereta yang terbabit telah dipasang dengan tali pinggang belakang. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan