Penstrukturan Semula SBPA Diharap Tidak Jejas Sektor Swasta

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penstrukturan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diharap tidak akan menjejaskan pertumbuhan sektor swasta yang memacu ekonomi negara, kata Institute for Democracy Economic Affairs (Ideas) pada Khamis. Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, Ideas berkata penstrukturan semula SBPA akan memberi kesan kepada keseluruhan aspek ekonomi seperti pergerakan buruh dan modal, pendidikan, kadar inflasi, kitaran perniagaan, serta kadar gaji dan upah di sektor swasta.

"Apa-apa semakan terhadap SBPA mestilah memberi lebih banyak ruang kepada sektor swasta menjana pertumbuhan ekonomi. Ini kerana kekayaan negara dijana oleh sektor swasta manakala sektor awam sekadar membelanjakan kekayaan tersebut.

"Dalam usaha membangunkan ekonomi, kita mesti pastikan mereka yang berbelanja tidak melebihi mereka yang mencipta kekayaan dan skim baru seperti SBPA perlu mengambil kira hal ini," kata Eksekutif Kanan Ideas, Medecci Lineil.

Sehubungan itu, beliau berkata SBPA mestilah bermatlamat untuk mewujudkan perkhidmatan awam yang benar-benar sesuai dengan suasana ekonomi yang semakin liberal dan kompleks dan apa juga perubahan haruslah melambangkan semangat liberalisasi ekonomi yang ada dalam Model Ekonomi Baru (NEM). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan