Pelaksanaan Hukum Hudud Masih Samar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu hudud masih kekal tidak jelas walaupun beberapa pemimpin tertinggi dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat menegaskan perlaksanaannya besar kemungkinan tidak termaktub dalam manifesto mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini menghidupkan kembali desas-desus mengenai perlaksanaan undang-undang Islam itu.

Walaupun mereka mempunyai pandangan berbeza mengenai isu itu, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat bersetuju hukum hudud tidak dimasukkan sebagai perjuangan parti menjelang pilihan raya.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, parti bersetuju bahawa misi tersebut tidak termaktub dalam perancangan besar Pakatan Rakyat.

"Hudud tiada dalam polisi bersama, tapi konsep Negara Berkebajikan melaksanakan prinsip Islam dengan baik.

"Ia menuntut pemerintahan yang telus dan bersih serta konsep itu sendiri sudah mempunyai prinsip Islam," katanya.

Dzulkefly tidak menafikan bahawa isu hudud masih hidup dalam PAS tetapi pemimpin perlu memperjuangkan prinsip Islam menerusi konsep Negara Berkebajikan.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menterjemahkan konsep itu sebagai sebuah negara yang prihatin.

Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, hudud tidak termasuk dalam manifesto Pakatan Rakyat kerana pemimpin tertinggi parti itu hanya melaksanakan sesuatu polisi hasil persetujuan bersama.

"Saya tidak berhak untuk berkata mengenainya. Namun, di peringkat tertinggi, mereka sebelum ini memberitahu apa jua langkah untuk melaksanakan hudud akan dilakukan hasil persetujuan semua parti.

"Berdasarkan itu, saya berpendapat, ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto Pakatan Rakyat," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan