MKN Diminta Kaji Semula Pemberian RM500 Kepada Mangsa Banjir Di Sabah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BELURAN: Anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee meminta Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula pemberian bantuan RM500 kepada mangsa banjir di Sabah bagi memastikan semua mangsa mendapat manfaat.

Ini kerana katanya, dasar itu yang hanya memperuntukkan bantuan kepada mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan banjir menyebabkan ramai penduduk di kawasan luar bandar di Sabah tidak layak.

"Kebanyakan mangsa banjir di daerah ini tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana kekurangan kemudahan itu seperti dewan.

"Sebaliknya mereka akan berpindah ke rumah saudara mereka yang berada di kawasan yang tinggi menyebabkan mereka tidak layak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan RM500 Pejabat Parlimen Beluran kepada 87 mangsa banjir, di sini, Jumaat.

Dalam kejadian minggu lepas, banjir kilat melanda tiga kampung di Telupid iaitu di Taviu, Kaparon dan Lumou yang merosakkan harta benda penduduk di kampung tersebut.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu juga berkata pada tahun lepas, terdapat lebih 2,000 mangsa banjir di daerah ini, namun hanya 63 orang menerima bantuan tersebut.

Setiap kali banjir, kerosakan dan kerugian yang dialami penduduk luar bandar di daerah ini adalah sama seperti dialami mangsa banjir di negeri lain di negara ini, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan