Media Prima Umum Pengstrukturan Dalaman

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (MPB) dan anak-anak syarikatnya akan melakukan penstrukturan semula korporat dalaman kumpulan bagi menjajarkan perniagaan kumpulan itu kepada unit-unit perniagaan yang jelas.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, MPB berkata penstrukturan semula itu akan melibatkan penstrukturan semula beberapa entiti di dalam segmen perniagaan sedia ada kumpulan itu kepada enam unit perniagaan utama Rangkaian Televisyen, Media Cetak, Rangkaian Radio, Media Luaran, Penciptaan Kandungan dan Media Baru.

Selepas penstrukturan semula itu, entiti yang sah itu yang akan menjadi syarikat utama bagi keenam-enam unit perniagaan itu ialah Sistem Televisyen Malaysia Bhd (STMB) bagi Rangkaian Televisyen, The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) bagi Media Cetak, Synchrosound Studio Sdn Bhd bagi Rangkaian Radio, Big Tree Outdoor Sdn Bhd bagi Media Luaran, Primeworks Studios Sdn Bhd bagi penciptaan Kandungan dan Alt Media Sdn Bhd bagi Media Baharu.

MPB berkata, ia akan melaksanakan dengan segera Fasa Satu penstrukturan semula itu yang akan melibatkan pelupusan ekuiti keseluruhan MPB dan kepentingan bukan ekuiti di dalam Natseven TV Sdn Bhd, Ch-9 Media Sdn Bhd dan Merit Idea Sdn Bhd, yang memiliki keseluruhan Metropolitan TV Sdn Bhd kepada STMB bagi pertimbangan nilai buku keseluruhan RM376.7 juta.

Fasa Satu akan turut melibatkan pelupusan keseluruhan ekuiti MPB dan kepentingan bukan ekuiti di dalam Perintis Layar Sdn Bhd, yang memiliki keseluruhan Max-Airplay Sdn Bhd kepada Synchrosound bagi pertimbangan nilai buku RM18 juta.

"Penstrukturan Semula Dalaman Kumpulan itu akan membolehkan kumpulan itu meningkatkan keefisienan operasinya bagi menyokong potensi pengembangan masa depannya dan meningkatkan kedudukan kewangannya, yang membolehkannya mendapat pendapatan yang mampan bagi merangsang aliran dividen masa depan dan pengoptimuman kos," kata MPB.

Kata MPB lagi, Fasa Satu penstrukturan semula itu akan berkuat kuasa dengan segera manakala Fasa Kedua dijangka selesai menjelang suku tahun kedua tahun depan.

Penstrukturan semula itu dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2012.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan