Malaysia Masih Bebas Selsema Burung

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia masih bebas daripada penyakit selsema burung sejak 2 Sept 2007, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin.

Beliau berkata tiada virus selsema burung dikesan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdasarkan ujian ke atas 15,401 sampel.

"Kesemuanya adalah negatif dan tiada tanda-tanda jangkitan virus itu pada ternakan unggas di Malaysia. Semua daging ayam dan itik serta telur di pasaran adalah selamat dimakan," katanya dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.

Beliau berkata JPV sentiasa menjalankan pemantauan di ladang ayam komersil, rumah sembelih, pasar basah, kedai burung juga ayam serta burung liar.

Bagi menghadapi kemungkinan berlaku penularan semula wabak itu di Asia Tenggara, JPV sentiasa menjalankan survelans dan program peningkatan kompetensi menangani penyakit itu, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan