Lima Kenderaan Musnah Dihempap Pokok Tumbang Akibat Paip Pecah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta berhadapan sebuah hotel di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini rosak teruk apabila dihempap sebatang pokok awal pagi Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6.00 pagi apabila struktur tanah menjadi lembut akibat kebocoran saluran paip bawah tanah di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, sebuah kereta jenis Hyundai Matrix musnah teruk manakala empat kenderaan lain mengalami kerosakan seperti bumbung remuk dan cermin pecah.

Pemilik kereta, R. Manimaran, 32, berkata beliau menyedari kejadian tersebut apabila keluar untuk ke tempat kerja di Gunung Rapat pada 8 pagi.

Manimaran yang bertugas di Kuala Lumpur berkata, kereta itu dipinjam daripada syarikatnya sejak tiga hari lepas dan menginap di hotel tersebut atas urusan kerja.

"Saya terkejut apabila melihat sebatang pokok besar berada di atas bumbung kereta. Mujur saya keluar lewat," katanya.

Seorang lagi mangsa, Jamiah Abdul Kadir, 65, berkata beliau hanya mengetahui kenderaannya terlibat dalam kejadian itu sebaik diberitahu oleh pengurus hotel berkenaan. Beliau yang bermalam di hotel tersebut bersama tiga anaknya sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri seminar berkata, kenderaan jenis Honda CRV miliknya rosak teruk di bahagian bumbung dan cermin belakang pula pecah.

"Saya bercadang berjumpa dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan membuat laporan polis supaya saya boleh membuat tuntutan ganti rugi," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian dan telah melantik perunding insuran bagi menilai ganti rugi mangsa.

"Kita minta mereka yang terlibat agar berjumpa dan menghubungi pegawai MBI bagi urusan insurans," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan