Kor Ming Terima Ugutan Bunuh, Peluru Hidup

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Setiausaha DAP Perak Nga Kor Ming membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh serta sebutir peluru hidup dalam sepucuk surat yang diposkan ke alamat rumah ibunya di Ayer Tawar, kira-kira 70 kilometer dari sini, Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Ahmad Termizi Abdul Haq berkata Nga bersama peguamnya dan pemimpin DAP lain membuat laporan polis pada 10.30 pagi Khamis.

"Walaupun laporan telah dibuat di sini, tetapi siasatan akan dilakukan oleh Balai Polis Ayer Tawar di mana kejadian itu berlaku," katanya ketika dihubungi Khamis.

Sementara itu, Nga berkata beliau membuat laporan polis kerana surat tersebut mengandungi ugutan jenayah yang mengancam keluarganya.

"Tidak wajar ugutan diterima oleh ibu kerana dia tidak terlibat langsung dalam politik. Ini kali pertama saya terima ugutan bersama peluru hidup ini. Surat ini dipercayai dari Manjung berdasarkan cop pada sampul surat berkenaan," katanya.

Nga, juga Anggota Dewan Undangan Pantai Remis, berkata beliau memandang serius perkara itu dan meminta jika terdapat sebarang selisih faham dengan mana-mana pihak, ia perlu diselesaikan secara demokrasi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan