Kompleks Perniagaan, Stesen Bas Baru Dibina Di Kuala Perlis

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Majlis Perbandaran Kangar (MPK) akan membina sebuah kompleks perniagaan yang meliputi stesen bas baru berhampiran terminal feri Kuala Perlis tahun hadapan.

Projek itu yang akan dilaksanakan secara bersama dengan sebuah syarikat tempatan akan dibina di tapak seluas 1.2 hektar dan akan turut dilengkapi tempat letak kereta serta medan selera, kata Yang Dipertua MPK Rosley Mat.

Bercakap kepada pemberita yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MPK di sini pada Jumaat, beliau berkata, kompleks itu akan menjadi pelengkap pembangunan pekan Kuala Perlis serentak dengan pembangunan jeti Kuala Perlis yang sedang dinaik taraf.

Mengenai kesukaran mendapatkan tempat letak kereta dalam bandar Kangar, Rosley berkata, perkara itu akan diatasi apabila sebuah kompleks letak kereta bertingkat dibina di Medan Raja Syed Alwi di sini.

"Kami akan membuat rundingan lanjut dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mendapatkan peruntukan RM9 juta yang dijanjikan April lalu bagi membina kompleks itu," katanya.

Beliau berkata projek itu yang akan mempunyai 800 lot letak kereta itu akan berupaya menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar Kangar.

Mengenai anggaran kutipan cukai dan hasil tahun hadapan, beliau menjangka MPK boleh mengumpul sehingga RM23 juta daripada 16,800 pemilik premis kediaman dan perniagaan di Kangar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan