Kempen 'Bebas Anwar' Hanya Untuk Kepentingan Individu - Penganalisis Politik

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat tidak lebih daripada usaha memperjuangkan kepentingan peribadi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, demikian menurut pemerhati dan penganalisis politik.

Dijadual berlangsung 9 Januari ini pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, dilihat sebagai satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu.

Namun, rata-rata pemerhati menganggap tindakan tersebut seolah-olah membuatkan Anwar dan pengikutnya begitu yakin bahawa beliau sudah didapati bersalah, sehingga memaksa mereka mengadakan kempen sedemikian rupa untuk terus mencetuskan huru-hara, serupa dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 ketika Anwar berdepan kes serupa.

Penganalisis politik Md Shukri Shuib daripada Universiti Utara Malaysia berkata tidak sewajarnya penyokong yang taksub kepada Anwar terus diperkudakan, sedangkan kes itu bersifat peribadi melibatkan Anwar dan Saiful dan yang tidak melibatkan kepentingan negara.

"Sudah terang lagi bersuluh bahawa PKR bukanlah berjuang untuk kepentingan rakyat, hanya bertujuan memastikan kedudukan ketua umum mereka terjamin," katanya kepada Bernama.

Md Shukri, pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa UUM, berkata penyokong taksub Anwar harus berfikiran secara rasional dan tahu membezakan mana satu kepentingan individu dan yang mana kepentingan negara.

"Di mana ketelusan mereka? Kalau mereka memperjuangkan hak Anwar dalam pengadilan ini, di mana pula mereka letakkan hak Saiful yang juga berhak diadili sebagai rakyat Malaysia.

"Sentimen harus difahami iaitu keserataan dalam hak perundangan, tak kira ketua pembangkang atau rakyat biasa, keserataan ini perlu difahami dan dipegang teguh oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata, adalah lebih rasional jika penyokong-penyokong ini mendengar dengan teliti keputusan penghakiman dan hujah hakim nanti kerana keputusan itu berdasarkan fakta yang dibahas oleh pendakwa raya dan peguam bela, bukan rekaan atau konspirasi seperti yang digembar-gemburkan mereka sejak dahulu.

Selari dengan pendapat itu, seorang lagi penganalis politik Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, mereka yang ingin menyertai kempen itu harus memahami prosedur kehakiman terlebih dahulu sebelum membuat demonstrasi membuta-tuli.

Beliau berkata mereka harus faham keputusan yang dibuat mahkamah dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia harus dihormati oleh semua pihak.

Azeem Fazwan, yang merupakan Pengerusi Program Sains Politik di Universiti Sains Malaysia berkata, jika Anwar didapati bersalah, maka jalan yang ada ialah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan, dan juga ke peringkat Mahkamah Persekutuan.

"Sama ada Anwar didapati bersalah atau tidak, itu keputusan dibuat berdasarkan fakta, bukan berasaskan kepada apa-apa fahaman politik. Ia akan dinilai oleh hakim berdasarkan fakta yang dibawa dalam mahkamah.

"Tidak kira kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang atau bekas Timbalan Perdana Menteri, dalam mana-mana negara seperti Malaysia yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan, tidak ada seorangpun rakyat yang kedudukan dia mengatasi undang-undang," katanya.

Beliau berpendapat, penyokong-penyokong Anwar seharusnya tidak mengamalkan sikap 'double standard' dengan hanya mempersoal keputusan mahkamah yang dilihat tidak memihak kepada mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan