Kementerian Pembangunan Wanita Peruntuk RM215 Juta Kepada Sabah Tahun Depan - Berita Semasa | mStar

Kementerian Pembangunan Wanita Peruntuk RM215 Juta Kepada Sabah Tahun Depan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membelanjakan sekitar RM215 juta tahun depan untuk membantu golongan yang memerlukan terutama warga emas di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata ini menunjukkan golongan warga emas di negeri ini tidak dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Beliau berkata tahun ini sahaja, kementerian memperuntukkan sekitar RM193 juta untuk melaksanakan pelbagai program termasuk bagi golongan warga emas (RM138 juta), pembangunan kanak-kanak (RM40 juta) dan golongan kurang upaya (RM15 juta).

"Pemberian peruntukan ini selaras dengan aspirasi konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutamakan kepentingan semua termasuk dalam soal pembangunan sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada 540 penerima sempena Hari Krismas Wanita Barisan Nasional (BN) Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, dekat sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Shahrizat meminta rakyat Sabah supaya terus memberi sokongan kepada kerajaan BN yang berjaya mewujudkan kestabilan termasuk dalam arena politik di negara ini.

"Kita beruntung kerana negara kita stabil... tiada peperangan. Kita rakyat 1Malaysia cintakan negara aman supaya keluarga dan komuniti boleh bekerja untuk jaga keluarga.

"Pembangunan yang kita kecapi termasuk pembangunan ekonomi dan pembangunan sosial adalah hadiah kerajaan untuk rakyat," katanya.

Dalam hal ini, Shahrizat berkata wanita BN akan memberi sokongan sepenuhnya kepada BN Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita wanita BN akan mengerahkan segala tenaga bagi memastikan BN Sabah akan memenangi semua kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen yang dipertandingkan.

"Saya minta rakyat Sabah supaya tidak memberi ruang kepada pembangkang di Sabah yang cuba memecahbelahkan rakyat di negeri ini bagi meraih sokongan politik," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan