Kaunter JPN Tutup Tiga Hari Kecuali Di Lima Negeri

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Operasi kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seluruh negara akan ditutup selama tiga hari mulai Sabtu hingga Isnin ini kecuali di Johor, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menurut kenyataan JPN pada Khamis, JPN Johor dan Perlis ditutup dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad dan akan dibuka semula Isnin ini.

Sementara JPN Kelantan, Terengganu dan Kedah ditutup pada Jumaat dan Sabtu dan akan dibuka semula Ahad ini. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan