Jalan Sementara Di KM77 Jalan Serian-Sri Aman Dijangka Siap Rabu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pembinaan jalan sementara di KM77 Jalan Serian-Sri Aman ekoran kejadian tanah runtuh di daerah Serian yang menghubungkan Kuching dan bandar-bandar utama di Sarawak dijangka siap Rabu depan.

Jurucakap Jabatan Kerja Raya Samarahan berkata pembinaan jalan sementara itu bermula petang semalam dan masih diteruskan berikutan kejadian tanah runtuh di situ Rabu lepas.

"Setakat 3 petang ini, pembinaan jalan sementara tersebut telah siap hampir 80 peratus dan laluan sehala telahpun dibuka di jalan tersebut untuk kegunaan orang ramai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Jumaat.

Beliau berkata jalan sementara yang dibina ketika ini sentiasa dipantau bagi memastikan ia selamat untuk digunakan.

"Dari pemerhatian kita sejak semalam sehingga hari ini, tiada sebarang pergerakan pada jalan tersebut dan struktur tanah kekal stabil walaupun hujan sekejap-sekejap," katanya.

Katanya tanah runtuh itu berlaku dipercayai akibat laluan air bawah tanah dari lereng bukit bersebelahan lokasi kejadian sehingga menyebabkan struktur tanah tidak stabil.

Mengenai kejadian jalan retak di Jalan Tebakang Melayu, Kampung Krusen daerah Serian di Sarawak Selasa lepas, jurucakap itu berkata perbincangan dengan syarikat konsesi, CMS Roads Sdn Bhd (CMSR), untuk kerja baik pulih sedang dijalankan.

"Kita mungkin akan turap semula jalan yang retak sebagai penyelesaian segera tetapi kita juga akan menjalankan kajian lebih mendalam bagi memastikan kejadian ini tidak berulang," katanya.

Beliau berkata keretakan jalan itu mungkin berpunca daripada satu lapisan tanah lembut di bawah jalan yang dimasuki air sehingga menyebabkan struktur tanah menjadi tidak stabil.

"Orang ramai masih boleh menggunakan jalan tersebut kerana keadaannya tidak begitu serius," katanya.

Di Dungun, Terengganu kejadian tanah mendap yang berlaku di KM3 Jalan Pantai Sura, Teluk Lipat pada Sabtu lepas kini masih di peringkat kajian untuk mengenal pasti puncanya serta mencari jalan penyelesaian terbaik, kata Pegawai Perhubungan Awam JKR Saipol Anwar Mohd Raji.

Beliau berkata jalan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan sehingga kerja baik pulih siap dijalankan.

Katanya orang ramai boleh menggunakan Jalan Lapangan Terbang dan Jalan Kuala Dungun sebagai jalan alternatif. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan