Guna Pakai Langkah Holistik, Efektif Kurangkan Pengantungan Pekerja Asing

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan mengguna pakai langkah holistik dan efektif bagi mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dalam tempoh jangka panjang sejajar dengan sasaran untuk menjadi sebuah ekonomi berpendapatan tinggi. FMM, dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia menyokong keputusan kerajaan untuk membuka semula 10 sektor dan 11 subsektor yang sebelum ini dibekukan bagi program pengampunan 6P sebagai langkah untuk menangani kekurangan bekalan tenaga kerja.

Sepuluh sektor itu ialah pekerja di tempat perjudian, perlombongan/kuari, kayu bakau, gerai/kafe/kanting, katering, restoran, makanan segera, pemotong rumput, vendor akhbar, pencuci rumah dan kenderaan dan bengkel kereta.

Sebelas sub-sektor itu ialah perniagaan logam lusuh, pengendalian kargo, rumah kebajikan,spa/refleksologi, hotel, kadi golf, dobi, tukang gunting, tukang emas, borong dan runcit dan tekstil.

"Kami melihat langkah mengehadkan tempoh bekerja dan pekerja asing sah bagi sektor-sektor ini kepada dua tahun sebagai berpatutan walaupun ia tidak berkaitan langsung dengan sektor pembuatan," kata FMM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan