Firefly Perkenal Laluan Baru Kepada Agensi Kerajaan Di Pahang

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan komuniti Firefly, memperkenalkan perkhidmatan dua kali seharinya yang baru antara Subang dan Kuantan kepada agensi kerajaan di Pahang.

Ketua Pemasaran dan Komunikasinya, Angelina C Fernandez berkata syarikat mendapati terdapat banyak pergerakan di kalangan agensi kerajaan antara Kuantan dan Subang.

"Ini melibatkan kakitangan kerajaan yang ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat dan mengikuti latihan," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata untuk terus memanfaatkan pasaran ini, pasukan jualan Firefly akan mengadakan tawaran produk kepada agensi kerajaan untuk memberi penekanan mengenai kemudahan penerbangan terus, masa penerbangan serta faedah penempahannya.

Menurut Firefly, syarikat juga memperkenalkan perkhidmatan berkenaan di kalangan pengguna kenderaan, pengembara perniagaan dan penumpang bas di Kuala Lumpur dan Kuantan bagi mempromosikan laluan itu.

Perkhidmatan Subang - Kuantan diperkenalkan semula pada 30 Okt setelah digantung pada awal September 2009 disebabkan kekurangan pesawat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan