Fahami Islam Sebagai Sistem Kehidupan Menyeluruh

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Umat Islam perlu memahami dan menghayati ajaran Islam sebagai sistem hidup menyeluruh, merangkumi tuntutan menimba ilmu dan membina tamadun, kata Datuk Syed Abas Syed Ali, Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah.

Beliau berkata melalui cara itu umat Islam dan banyak negara Islam yang jelas masih jauh ketinggalan dalam pelbagai aspek boleh membangun dan membina tamadun tinggi seperti yang pernah dicapai pada masa lampau.

"Ketamadunan bagi kita umat Islam bukanlah perkara baru dan asing. Sejarah telah membuktikan bahawa umat Islam telah berjaya mengubah kegelapan dunia dan bersifat jahiliah kepada dunia yang beradab, berakhlak dan berilmu pengetahuan berpandukan al-Quran dan al-Sunnah," katanya ketika berucap pada program rakaman Forum Perdana Ehwal Islam di Dewan Masyarakat Tawau malam Khamis, mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Forum berkenaan dianjurkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Syed Abas, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah kawasan Balung, berkata tuntutan membina tamadun ummah pada hari ini merupakan satu kemestian kerana membiarkan umat Isam mundur dan ketinggalan bertentangan sama sekali dengan perintah Allah yang disebut dalam al-Quran.

Katanya kerajaan yang diterajui Barisan Nasional hari ini sedang berusaha mengembalikan semula kegemilangan tamadun umat Islam yang dibina berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Syed Abas berkata langkah berkenaan merupakan pendekatan bagi mewujudkan persepsi positif bahawa Islam dan umatnya cintakan kedamaian, kesederhanaan, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.

"Kita menolak dan menafikan bahawa umat Islam ialah umat yang ganas, berfikiran jumud, fanatik dan taksub serta tidak mahu mendengar pandangan orang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan