Bangunan SPL UMS, Politeknik Sandakan Diserah Kepada Pihak Pengurusan

Diterbitkan: Jumaat, 30 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Bangunan Sekolah Pertanian Lestari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Politeknik Sandakan yang terletak di dalam Hub Pendidikan Sandakan, diserahkan secara rasmi kepada pihak pengurusan masing-masing pada Jumaat.

Majlis penyerahan dilakukan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Datuk Ab. Rahim Md Noor kepada Naib Cancelor UMS Prof Datuk Kamarulzaman Ampon dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Md Nor Yusof di Sekolah Pertanian UMS di Jalan Sungai Batang Batu 10 dekat sini.

Berucap pada majlis itu, Ab. Rahim berkata pihaknya berpuas hati dengan hasil kualiti kerja pembinaan kedua-dua institusi pendidikan tersebut.

Katanya pembinaan Sekolah Pertanian Lestari UMS itu membabitkan tanah seluas 98 hektar dan Politeknik Sandakan pula di atas tanah seluas 39 hektar.

Sebanyak RM230 juta dibelanjakan bagi menyiapkan Sekolah Pertanian Lestari UMS dan RM126.7 juta bagi Politeknik Sandakan, katanya.

Sekolah Pertanian Lestari UMS memulakan operasi dengan pengambilan kumpulan pertama pada September lepas membabitkan 253 pelajar.

Sekolah itu menawarkan tiga program Sarjana Muda Sains Pertanian iaitu Pengeluaran Makanan, Hortikultur dan Landskap serta Pengeluaran Ternakan.

Kampus Tetap Politeknik Sandakan pula yang dijangka beroperasi awal tahun depan mampu memuatkan 4,000 pelajar pada satu-satu masa dengan dua lagi program akan ditawarkan iaitu Diploma Pertanian dan Diploma Pengurusan Perikanan.

Pada masa ini, Politeknik Sandakan yang beroperasi sejak 2009, menggunakan kampus sementara di kawasan Bandar Labuk Sandakan dengan 178 pelajar yang mengikuti pengajian program Diploma Pengurusan Pelancongan dan Diploma Kejuruteraan Elektrik selama tiga tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan