Zahid Pelawa Pembangkang Bertemu, Bincang Soal Pertahanan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mempelawa pemimpin pembangkang untuk bertemu dengan beliau bagi membincangkan soal-soal pertahanan negara.

Katanya pertemuan itu boleh diadakan pada bila-bila masa, asalkan mereka sudi menerima fakta yang tepat dan menyebarkan kepada rakyat.

Pelawaan itu dibuat sebagai respons kepada dakwaan terbaru pembangkang bahawa harga kapal perang pesisir pantai (LCS) telah meningkat berbilion ringgit sebaik sahaja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

"Apa pun tanggapan yang diberikan oleh pemimpin pembangkang, mereka harus kemukakan bukti sebelum membuat tuduhan. Fakta apa yang mereka pakai sehinggakan mereka memberi tanggapan bahawa harga LCS sudah meningkat," katanya kepada pemberita di sini.

Isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dari DAP serta Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata pembangkang tidak sepatutnya membuat andaian kerana projek LCS itu belum lagi ditawarkan secara rasmi kepada BNS yang merupakan sebuah syarikat milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

BNS sebelum ini telah diberi surat tunjuk niat oleh Kementerian Pertahanan yang berkaitan dengan pembinaan enam buah kapal LCS tersebut, tetapi fungsi dokumen itu sangat berbeza dengan dokumen surat tawaran, katanya.

Ahmad Zahid juga berkata pembangkang seharusnya tahu bahawa harga LCS yang mahal disebabkan kapal itu akan dibina di Malaysia.

"Harga itu juga termasuk nilai tambah seperti offset program, pemindahan teknologi dan tambahan pula harga kapal tidak tetap kerana ia belum termasuk harga sub sistem pada satu-satu kapal," katanya.

Mengenai isu berbeza, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno, berkata semua pihak, lebih-lebih lagi ahli politik harus menghormati undang-undang negara.

"Saya fikir isu-isu yang dikendalikan mahkamah tidak perlu dipolitikan, perundangan jangan dipolemikkan, biar mahkamah tentu keputusan, kita tidak seharusnya bawa rakyat terlibat dalam kes-kes mahkamah," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai rancangan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjelajah seluruh negara bagi menjelaskan kepada rakyat akan kes liwatnya yang dijadual diputuskan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Angkatan Tentera Malaysia akan menyumbangkan al-Quran kepada penduduk Islam Kemboja tahun depan dan projek itu telah dipersetujui Perdana Menteri Kemboja Hun Sen.

"Mufti Besar Kemboja turut meminta kita untuk mengadakan pinjaman mikro kredit kepada umat Islam Kemboja seperti konsep yang dibuat oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di sini, kerana umat Islam negara itu sangat daif," katanya.

Ahmad Zahid berkata sehubungan itu, dana berjumlah US$1 juta (RM3.1 juta) berjaya dikumpulkan hasil sumbangan syarikat korporat Islam di Malaysia dan AIM akan melatih pegawai daripada kalangan umat Islam Kemboja sebelum bulan puasa tahun hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan