Tiada Jawatan Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Istana Kelantan pada Khamis menjelaskan bahawa jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan tidak wujud.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood berkata laporan sebuah akhbar hari ini mengenai jawatan itu yang disandang oleh Datuk Sukri Mohamed adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai.

Beliau mengulas laporan akhbar itu bahawa Penasihat Undang-undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed, telah membuat laporan polis terhadap blog yang didakwa telah memfitnahnya terbabit dalam penipuan membabitkan jumlah jutaan ringgit.

Ahmad berkata berdasarkan kepada Perkara 13(2)(b), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Pertama), Penasihat Undang-undang kepada Sultan Kelantan dan kerajaan Kelantan adalah individu yang sama iaitu Penasihat Undang-undang Negeri.

"Sukacita dimaklumkan bahawa tidak terdapat jawatan Penasihat Undang-undang Istana Kelantan dalam Waran Perjawatan Pejabat Sultan Kelantan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan