Surat Palsu SC Diguna Untuk Skim Pelaburan Haram

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada Rabu memberi amaran kepada orang ramai mengenai surat palsu yang tertera logonya yang digunakan dalam skim pelaburan haram.

SC berkata skim itu dijalankan oleh individu yang tidak berlesen.

"Surat yang dialamatkan kepada individu mengandungi tandatangan palsu seorang pegawai SC," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Menurut aduan yang diterima oleh SC, skim pelaburan itu dikatakan menawarkan pulangan antara 5 dan 10 peratus sebulan dan telah menarik pelabur dari Kota Bharu, Nilai, Putrajaya dan Johor Bahru.

Individu berkenaan kemudiannya menggunakan surat palsu SC bagi memaklumkan kepada pelanggan mengenai kewajarannya tidak membayar pulangan seperti yang dijanjikan kepada mereka.

SC sudah membuat laporan polis terhadap penggunaan nama dan logo SC secara tidak sah itu.

Mereka yang tidak memperoleh lesen daripada SC tidak dibenarkan mengutip wang daripada pihak lain untuk pelaburan dalam sekuriti atau derivatif.

Senarai syarikat dan individu yang mendapat lesen daripada SC untuk menjalankan aktiviti pelaburan, termasuk memberi nasihat pelaburan, boleh diperoleh di laman web SC di alamat www.sc.com.my. Orang ramai diingatkan bahawa SC tidak dan dalam keadaan apa pun, tidak meluluskan sebarang produk atau skim pelaburan.

"Jika anda didatangi oleh sesiapa yang mendakwa mereka mendapat kebenaran (walaupun ditunjukkan surat yang kononnya dari SC), jangan membayar wang tetapi segera menghubungi SC," katanya.

Sesiapa sahaja yang mendapati surat yang meragukan, laman web serta e-mel atau sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat mengenai skim pelaburan meragukan atau aktiviti berkaitan sekuriti atau derivatif, diminta menghubungi SC di (6)03-62048999. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan