Selangor Akan Terus Maju Jika BN Kembali Memerintah

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata BN akan memastikan Selangor terus maju dengan pembangunan jika kembali menawan negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Selangor dulu maju tetapi sekarang kotor," katanya semasa berucap selepas melawat ruang-ruang pameran di Karnival Sayangi Selangor di i-City, Seksyen 7, di sini yang bermula Rabu hingga malam tahun baru pada Sabtu ini.

Beliau berkata Selangor menjadi kotor selepas keputusan kerajaan negeri menamatkan kontrak pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam daripada Alam Flora Sdn Bhd dan melantik kontraktor-kontraktornya sendiri.

Katanya BN menyedari mengenai kelemahan itu dan akan memperbaikinya jika diberi peluang menerajui kembali Selangor.

Mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa peruntukan RM2.7 bilion untuk Selangor tahun ini daripada kerajaan Persekutuan adalah wang rakyat dan bukannya wang BN, beliau berkata keadaan itu juga sama dengan kerajaan negeri di mana ia adalah wang rakyat dan bukannya wang Pakatan Rakyat.

Beliau berkata program "Jom Shopping" kerajaan negeri yang memberikan kupon RM100 kepada warga emas di negeri ini untuk membeli-belah belum lagi mencapai sasaran 100,000 orang sebaliknya kira-kira 20,000 orang sahaja.

Ini berbeza dengan BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100 seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan