MAIWP Tanggung Kos Guaman Tiga Responden Dalam Kes Qazaf Anwar

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menanggung kos guaman bagi tiga responden yang dinamakan dalam tuntutan qazaf Anggota Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Dr Muhammad Yamin Ismail berkata kos itu ditanggung kerana mereka iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain adalah penjawat awam.

"Justeru, adalah menjadi kewajipan MAIWP, sebagai pihak berkuasa agama Islam, untuk menanggung kos pembelaan sebarang tindakan guaman terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Beliau menjelaskan MAIWP mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan untuk membayar yuran guaman mereka dalam kes itu sejak 1993 hingga 2011, dengan jumlah yang diterima adalah RM11 juta termasuk RM700,000 pada 2010 dan RM500,000 pada 2011.

"Tindakan yang dibawa oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh merupakan punca utama yang mengheret ketiga-tiga responden dalam pertikaian di Mahkamah Syariah, sedangkan tuntutan dan dakwaan Ahli Parlimen berkenaan adalah tidak berasas sama sekali sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

"Justeru itu, disimpulkan bahawa keghairahan sesetengah pihak untuk menyalahgunakan proses mahkamah terhadap penjawat awam akan mengakibatkan dana dan wang rakyat terpaksa digunakan bagi melayan kerenah mereka yang tidak berkesudahan.

"Tohmahan yang sedang dihadapi oleh responden ketika ini juga boleh membawa kepada pertikaian di mahkamah dan mengakibatkan penggunaan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kepentingan umat Islam," katanya.

Muhammad Yamin mengulas demikian sebagai mengulas laporan akhbar PAS, Harakah, yang mendakwa Jamil Khir menyeleweng wang zakat bagi menampung kos guamannya dalam kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan