Lima Kenderaan Musnah Dihempap Pokok Akibat Paip Pecah

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Lima kenderaan yang diletakkan di kawasan letak kereta berhadapan sebuah hotel di Jalan Raja Dr Nazrin Shah di sini rosak teruk apabila dihempap sebatang pokok awal pagi Khamis.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 6.00 pagi apabila struktur tanah menjadi lembut akibat kebocoran saluran paip bawah tanah di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, sebuah kereta jenis Hyundai Matrix musnah teruk manakala empat kenderaan lain mengalami kerosakan seperti bumbung remuk dan cermin pecah.

Pemilik kereta, R. Manimaran, 32, berkata beliau menyedari kejadian tersebut apabila keluar untuk ke tempat kerja di Gunung Rapat pada 8 pagi.

Manimaran yang bertugas di Kuala Lumpur berkata, kereta itu dipinjam daripada syarikatnya sejak tiga hari lepas dan menginap di hotel tersebut atas urusan kerja. "Saya terkejut apabila melihat sebatang pokok besar berada di atas bumbung kereta. Mujur saya keluar lewat," katanya.

Seorang lagi mangsa, Jamiah Abdul Kadir, 65, berkata beliau hanya mengetahui kenderaannya terlibat dalam kejadian itu sebaik diberitahu oleh pengurus hotel berkenaan.

Beliau yang bermalam di hotel tersebut bersama tiga anaknya sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri seminar berkata, kenderaan jenis Honda CRV miliknya rosak teruk di bahagian bumbung dan cermin belakang pula pecah.

"Saya bercadang berjumpa dengan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan membuat laporan polis supaya saya boleh membuat tuntutan ganti rugi," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata, pihaknya akan menyiasat punca kejadian dan telah melantik perunding insuran bagi menilai ganti rugi mangsa.

"Kita minta mereka yang terlibat agar berjumpa dan menghubungi pegawai MBI bagi urusan insurans," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan