Jalan Trans Borneo Masih Ditutup, Jalan Sementara Sedang Dibina - Berita Semasa | mStar

Jalan Trans Borneo Masih Ditutup, Jalan Sementara Sedang Dibina

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERIAN: Jalan Trans Borneo masih ditutup kepada semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Km 78 Jalan Serian-Sri Aman, manakala kerja membina jalan sementara masih diteruskan.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohamad Jamali Umi ketika dihubungi, berkata orang ramai yang mahu ke Sri Aman atau ke Kuching boleh menggunakan Jalan Slabi di Km 62 Jalan Serian untuk ke Km 80 Jalan Serian-Sri Aman.

"Anggota polis telahpun ditempatkan di simpang Jalan Slabi dan pengguna jalan raya boleh menggunakan jalan alternatif yang boleh dilalui semua jenis kenderaan itu dan jalan adalah berturap sepanjang 15 kilometer," katanya.

Beliau berkata pada masa ini kerja membina jalan sementara bersebelahan jalan yang runtuh itu masih diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya.

Keadaan trafik di Jalan Trans Borneo dari arah Serian ke Sri Aman masih terkawal dan pengguna jalan raya dinasihati memberi kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan kerja baik pulih jalan dapat dipercepatkan.

Dalam kejadian 8.45 malam Rabu, jalan berhampiran Semukoi dekat Balai Ringin di daerah Serian itu mendap dan runtuh sepanjang 200 meter. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan