Hanya 10 Peratus PATI Didaftar Untuk Program Pemutihan 6P

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Hanya 120,000 orang atau kira-kira 10 peratus daripada 1.3 juta pekerja asing tanpa izin (PATI) di negara ini didaftar di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) setakat ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam.

Beliau berkata ini bermakna kira-kira 1.2 juta PATI lagi perlu didaftarkan sebelum program itu tamat pada 10 Jan ini.

Bagaimanapun, Mahmood berkata ia bukan sesuatu yang mustahil memandangkan hanya majikan mereka yang perlu hadir untuk melaksanakan proses itu.

"Kalau katakan majikan dalam 200,000 dibahagikan dengan baki kira-kira 10 hari, menjadikan lebih kurang 20,000 majikan yang perlu didaftar setiap hari, dan dengan adanya tujuh cawangan pusat setempat (OSC) akan beroperasi 24 jam, ia boleh diselesaikan, insya-Allah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Mengulas kesesakan di kaunter Imigresen sejak semalam, beliau berkata perkara itu mungkin disebabkan tarikh akhir permohonan yang kian hampir selain pembukaan semula 10 sektor luar dasar dan 11 subsektor perkhidmatan yang sebelum ini dibekukan.

Mahmood menasihatkan majikan agar tidak panik dan bimbang kerana empat lagi OSC akan dibuka iaitu di Dewan Balora Perdana, Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Presint 2 dan Pejabat Imigresen (Cawangan Pasport) di Presint 15 di sini, serta di kompleks kementerian Jalan Duta dan Pejabat Imigresen cawangan Pelabuhan Klang.

Ia merupakan tambahan kepada tiga OSC sedia ada dan semua pusat tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini sehingga 10 Jan.

Beliau berkata tidak ada sebarang pertimbangan dibuat setakat ini untuk melanjutkan tempoh pemutihan selepas program 6P dilaksanakan sejak 10 Oktober lalu kerana ia membabitkan implikasi undang-undang.

Mahmood berkata program itu perlu dipanjangkan kepada Peguam Negara dan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin terlebih dahulu jika mahu dilanjutkan.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian bekerjasama dengan kedutaan berkaitan bagi mempercepatkan pemprosesan dokumen berkenaan seperti Kedutaan Indonesia, Bangladesh, Nepal dan India. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan