Fomca Minta Laporan Pasar Raya Minta Senarai Gaji Baru Sektor Awam Disiasat

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) pada Khamis meminta pihak berkuasa menyiasat laporan beberapa blog yang mendakwa ada pasar raya meminta senarai tangga gaji baru penjawat awam di bawah skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusof Abd Rahman berkata berdasarkan maklumat pada blog terbabit, perkara itu mungkin dilakukan bagi tujuan menaikkan harga barang.

Jika ini berlaku, tidak ada gunanya kerajaan menaikkan gaji penjawat awam kerana mereka tidak mendapat faedah daripada pelarasan gaji di bawah SBPA itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihak berkuasa mempunyai pelbagai peruntukan undang-undang untuk mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang berbuat demikian.

"Jadi kita minta kerajaan terus jalankan pemantauan dan kalau ada peniaga yang menaikkan harga secara melampau ambil tindakan ikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan