Dua Juta Dijangka Hadir Himpunan Jutaan Belia

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah dua juta belia disasar mengunjungi Himpunan Jutaan Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 (HBN 2012) yang berlangsung di sini selama lima hari mulai 23 Mei depan.

Kementerian Belia dan Sukan dalam satu kenyataan pada Khamis menyebut sebanyak 500 acara disediakan dalam 28 segmen, termasuk memaparkan penglibatan belia dalam bidang sukan dan rekreasi, seni budaya, kemahiran dan kepimpinan, teknologi maklumat dan keusahawanan, kerohanian dan jati diri serta penerokaan bidang baharu.

"Di sini, belia juga berpeluang untuk mencari pekerjaan dan mengembangkan bidang kerjaya masing-masing," katanya.

Menurut kenyataan itu, penyertaan golongan berkenaan di peringkat antarabangsa turut diperluas bagi program kali ini, dan belia dari Korea Selatan, Jepun, negara Komanwel serta Asia telah menyatakan persetujuan untuk turut serta dalam pelbagai acara.

Selain itu, Jabatan Belia dan Sukan negeri serta Majlis Belia diberi peluang mempamerkan keunikan kreativiti belia negeri masing-masing sepanjang program tersebut. Peluang masih dibuka kepada semua belia sama ada secara individu, kumpulan atau kelab serta sektor korporat bagi menyertai program itu.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi sekretariat di talian 03-8871 3629/3632/3285/3707 atau faksimili 03-8888 8725.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan