Demonstrasi Tak Akan Ubah Perundangan:Rais

Diterbitkan: Khamis, 29 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini pada Khamis, Rais berkata seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barang siapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," kata Rais.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya.

Rais juga berkata Lembaga Penapisan Filem (LPF) perlu berubah berdasarkan peredaran teknologi semasa seperti menggunakan kaedah pendigitalan sepenuhnya berbanding sistem secara tradisi iaitu filem yang digunakan sebelum ini.

Beliau berkata LPF perlu lebih berani untuk menyatakan dan menyekat filem-filem yang tidak sesuai dengan cara hidup Malaysia daripada hanya menyatakan filem tahyul tidak boleh ditayangkan.

"Tugas LPF sekarang sebenarnya boleh dianggap sebagai berunsur anomali, oleh kerana sistem dan tanggungjawab mereka secara tradisi sudah tidak dapat dilaksanakan lagi.

"Sebenarnya LPF tidak dapat menapis semua filem atau persembahan menerusi perfileman oleh kerana tayangan itu sendiri sebenarnya tidak dapat dijangka oleh mereka mengandungi unsur-unsur yang perlu dihalang," katanya.

Namun, beliau yakin Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab kepada LPF mempunyai kaedah terbaik untuk menangani cabaran besar yang dihadapi lembaga itu, khususnya dalam era teknologi tanpa sempadan kini.

Rabu lepas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam mengumumkan semua penggiat filem di negara ini dibenar melakukan pengawal seliaan dan penapisan sendiri terhadap filem atau drama dihasilkan tanpa melalui kementerian itu atau agensi di bawahnya bermula tahun depan.

Mengenai program Istana Budaya, Rais berkata kementerian itu yakin 19 persembahan yang bakal ditampilkan mampu meningkatkan 15 peratus kehadiran penonton daripada jumlah 156,000 yang dicatatkan tahun ini.

Katanya antara semua persembahan, beliau menjangkakan Muzikal Upin dan Ipin, Muzikal Dr Siti Hasmah dan Muzikal Asean Extravaganza yang menggabungkan persembahan dari 10 negara Asean, bakal mendapat sambutan.

Antara persembahan lain ialah Konsert Awie dan Ella, Cuci The Musical, teater sempena sambutan kemerdekaan berjudul Bahaman Orang Kaya Semantan, The Kitchen Musical, P.Ramlee The Musical dan Luna Latisya, muzikal komedi adapatsi daripada filem "Cun" lakonan Remy Ishak dan Maya Karin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan