Peneroka Felda Sambut Baik Pemberian Bonus Dan Insentif

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Peneroka rancangan tanah Felda Gugusan Kemahang Dua, dekat sini menyambut baik langkah kerajaan memberi bonus dan insentif kepada mereka tahun ini.

Ketua Peneroka gugusan itu, Mohd Yunus Abdul Manaf berkata seramai 300 peneroka di kawasan tersebut mula menerima insentif antara RM400 hingga RM1,200 seorang berdasarkan tahap jualan hasil mulai hari ini.

"Sebagai peneroka kami mengalu-alukan pemberikan bonus atau insentif ini bagi membantu meringankan beban kami terutama ketika menghadapi musim persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pemberian bonus atau insentif itu adalah sebagai galakan tahunan kepada peneroka dan tidak kena mengena dengan musim pilihan raya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM2.6 juta bagi membayar bonus dan insentif kepada peneroka Felda bagi meringankan beban mereka, terutama menjelang musim persekolahan tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan