Pelatih PLKN Boleh Lapor Diri Lewat Jika Terlibat Dengan Banjir - Berita Semasa | mStar

Pelatih PLKN Boleh Lapor Diri Lewat Jika Terlibat Dengan Banjir

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 dibenarkan melapor lewat di pusat -pusat berkumpul sekiranya kawasan mereka terlibat dengan banjir.

Menurut Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), pelatih berkenaan boleh berbuat demikian dengan mendapatkan surat pengesahan daripada Pusat Pemindahan Banjir atau mana-mana bilik gerakan banjir.

Pelatih yang terlibat dengan bencana banjir juga dibenarkan untuk menukar kumpulan kepada kumpulan 2 atau kumpulan 3 bagi tahun ini, kata JLKN dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pelatih PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 perlu melapor diri di pusat-pusat berkumpul mulai 1 hingga 3 Jan depan.

Untuk maklumat lanjut, pelatih boleh menghubungi Call Center Jabatan Latihan Khidmat Negara di talian 03-40274747. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan