Malaysia Perlu Hasilkan Perisian Keselamatan Maklumat Siber Elak Pengintipan

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Negara perlu menghasilkan perisian keselamatan maklumat siber sendiri kerana kebergantungan kepada perisian luar memungkinkan pendedahan kepada pengintipan dan kebocoran maklumat, kata seorang pakar bidang teknologi maklumat pada Rabu.

Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Ramlan Mahmod berkata pencerobohan itu boleh berlaku tanpa disedari kerana kurang kefahaman aliran logik kod sumber yang digunakan perisian luar tersebut.

"Pada masa ini tiada lagi perisian yang mampu untuk memeriksa kod-kod sumber perisian lain bagi memastikan perisian tersebut boleh disahkan sebagai selamat untuk digunakan.

"Bagi merealisasikan matlamat ini negara perlu menguasai kepakaran teknikal dalam bidang keselamatan maklumat dan kepakaran daripada pelbagai bidang seperti sains komputer, matematik dan kejuruteraan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi menguasai bidang itu negara perlu melakukan kerja-kerja asas seperti melatih lebih ramai pakar dalam bidang teknologi maklumat dan membawa masuk lebih banyak teknologi luar ke dalam negara.

Dr Ramlan berkata kebocoran maklumat boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu semasa data dalam perjalanan atau transmisi dan semasa data dalam simpanan.

"Bagi menyukarkan penggodam menyerang data dalam perjalanan atau orang yang tidak diberikan kuasa melakukan akses terhadap data disimpan, maklumat boleh di lindungi secara penyulitan dan penyorokkan.

"Ini adalah asas keselamatan siber dan pembangunan perisian yang mampu melakukan tugas ini adalah penting bagi memastikan pertahanan siber kita dalam keadaan terbaik," katanya.

Beliau berkata kerajaan perlu memainkan peranan utama membentuk sebuah sistem pertahanan siber yang mantap memandangkan tugas ini memerlukan komitmen kewangan, tenaga mahir yang tinggi, perundangan dan pemantauan yang berterusan.

"Keselamatan siber seperti juga keselamatan negara melibatkan banyak aspek pengoperasian seperti pencegahan, pertahanan, pengesanan, pengintipan dan penyerangan.

"Ia memerlukan keupayaan ilmu teknikal yang tinggi dan rumit dalam bidang keselamatan maklumat dan peningkatan keupayaan yang berterusan memandangkan penggodam juga sentiasa mempertingkatkan kaedah serangan mereka". - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan