Malaysia Kutuk Sebarang Bentuk Tindakan Keganasan

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia sentiasa berpendirian tegas mengutuk tindakan keganasan dalam apa jua bentuk terutamanya yang melibatkan orang awam di mana saja termasuk di Nigeria, Syria dan Iraq.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata tindakan sengaja mengakibatkan kehilangan nyawa dan mendatangkan kecederaan adalah suatu perilaku yang tidak boleh dimaafkan dan merupakan tindakan tidak berperikemanusiaan.

"Begitu juga serangan terhadap tempat-tempat ibadat dan semasa perhimpunan penganut bagi meraikan sesuatu hari penting adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan di sini Rabu, mengenai serangan bom di Nigeria pada Hari Natal.

Justeru itu, katanya Malaysia melahirkan rasa terkejut dan amat sedih atas kejadian pengeboman dua gereja di Nigeria pada Hari Natal itu.

"Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban dan bersimpati dengan mereka yang tercedera akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan," katanya.

Dilaporkan sekurang-kurangnya 40 orang terkorban dalam kejadian tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan