Kaunter Zakat Mawip Dibuka Hingga 8 Malam, Jumaat dan Sabtu Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Operasi di tujuh kaunter Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) akan dibuka mulai 8.45 pagi hingga 8 malam pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Rais Alias berkata, langkah yang pertama kali dilaksanakan itu, bagi memberi peluang kepada mereka yang tidak sempat membuat pembayaran bagi tahun ini, untuk datang membayar di saat akhir.

"Pada waktu biasa operasi kaunter ialah 8.15 pagi hingga 4.45 petang. Mereka yang datang membayar pada dua hari itu akan menerima cenderahati istimewa sebagai tanda penghargaan," katanya kepada pemberita di sini Rabu. Mohd Alias berkata tujuh kaunter zakat itu Masjid Negara; Taman Shamelin Perkasa; Daruzzakah Kampung Baru; KLSC Wangsa Maju; Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur; Presint 9 di Putrajaya; dan Kompleks Ujana Kewangan di Labuan. Mereka yang ingin membayar zakat pendapatan melalui perbankan internet juga dialu-alukan, tetapi bayaran perlu dibuat sebelum jam 12 tengah hari, Jumaat ini, bagi membolehkan tarikh resit dapat dikeluarkan pada tahun ini juga, katanya.

Beliau berkata sehingga 27 Dis lepas jumlah kutipan yang berjaya diperolehi ialah RM38.5 juta dan masih memerlukan kira-kira sebanyak RM11.5 untuk membolehkan sasaran sebanyak RM50 juta dicapai.

"Masih terdapat sebanyak 16,000 pembayar individu dan 608 syarikat korporat yang membayar pada tahun lepas belum lagi membayar zakat pendapatan masing-masing untuk tahun ini," katanya.

Selain itu, katanya pembayaran zakat juga boleh dibuat menerusi pemotongan gaji, kad kredit, di pejabat pos dan portal Mawip. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan