Kastam Akan Tambah Anggota Di KLIA Untuk Tingkat Pemeriksaan

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menambah jumlah anggota yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini berikutan semua penerbangan berisiko digunakan oleh sindiket dadah untuk menyeludup masuk barang larangan itu.

Pengarah Kastam KLIA Datuk M.Govinden berkata Malaysia dianggap berisiko tinggi digunakan oleh sindiket bagi menyeludup dadah dan pemeriksaan lebih ketat perlu dilakukan oleh anggota jabatan itu.

"Sindiket-sindiket penyeludupan dadah kini dilihat telah mengubah laluan-laluan yang biasa digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam negara ini bagi mengaburi pihak berkuasa seperti Kastam.

"Tidak kira penumpang dari negara mana pihak kami akan perketatkan pemeriksaan terhadap mereka dan bukan hanya tertumpu kepada laluan-laluan tertentu yang biasa digunakan oleh sindiket penyeludupan dadah seperti dahulu," katanya pada sidang media di sini Rabu.

Kes terbaru penyeludupan dadah dikesan di KLIA ialah semalam membabitkan tiga kilogram Syabu bernilai RM750,000 dirampas daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 21 tahun, katanya.

Govinden berkata lelaki dari Selangor itu ditahan pada pukul 1.30 pagi sebaik sahaja tiba dari Manila, Filipina selepas bagasinya yang diimbas menampakkan imej meragukan.

"Hasil pemeriksaan yang dibuat akhirnya telah menemui satu ruangan khusus di bahagian bawah beg tersebut yang ditutupi dengan lapisan karbon yang dibalut dengan kemas dan rapi dan setelah dibuka didapati di dalamnya mengandungi 10 ketulserbuk putih dadah jenis Syabu," katanya.

Beliau berkata lelaki tersebut kini ditahan reman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Govinden berkata bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun ini, jabatan itu berjaya merampas 116.58 kilogram pelbagai jenis dadah bernilai RM27.896 juta dan menahan 24 orang termasuk 14 warga asing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan