Jabatan Narkotik Sita RM62.4 Juta Harta Pengedar Dadah Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 Disember 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menyita dan merampas harta milik pengedar dadah bernilai lebih RM62.4 juta hasil operasi agresif yang dijalankan jabatan bagi tempoh Januari hingga November lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Nor Rashid Ibrahim berkata, bagi tempoh yang sama jabatan itu berjaya merampas dadah bernilai RM216.52 juta.

Beliau berkata, tindakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dilakukan oleh pihak Narkotik bagi mengekang masalah pengedaran dadah di negara ini.

"Kita percaya bahawa dengan harta yang dimiliki inilah mereka mudah dapat menjalankan kegiatan secara berterusan dan dengan tindakan penyitaan dan rampasan yang dilakukan oleh pihak polis, kita berjaya melumpuhkan aktiviti mereka," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya, dalam tempoh yang sama pada tahun lepas, JSJN berjaya menyita lebih RM64.81 juta harta milik pengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM254.56 juta.

Beliau berkata, untuk mengatasi masalah pengedaran dadah di negara ini bukan satu perkara yang mudah kerana aliran dadah yang keluar masuk amat aktif disebabkan Malaysia dijadikan sebagai negara transit oleh pengedar-pengedar dadah dari luar.

Sementara itu, Nor Rashid meminta kontinjen polis di tiga negeri di Pantai Timur iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan, yang merupakan antara negeri paling tinggi menjadi tumpuan kegiatan pengedaran dadah, supaya menjalin kerjasama erat bagi membanteras kegiatan itu..

Katanya, beliau yakin menerusi kerjasama erat dan proaktif, aktiviti pengedaran dadah di Pantai Timur.

"Hendak mencapai dadah sifar memang agak mustahil, namun pihak polis akan sentiasa berusaha untuk mengurangkan masalah pengedaran dan penagihan dadah bukan sahaja di tiga negeri berkenaan, namun juga di seluruh negara," katanya.

Katanya, berdasarkan statistik kes pengedaran dan penagihan dadah menunjukkan peningkatan yang ketara dengan kebanyakan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan